Kakak saya ada 2 orang… Satu kakak kandung saya, saya panggil along, dan satu lagi saya anggap macam kakak saya sendiri.
Bicara pasal along,
Sangat merinduinya. Allah sahaja yang tahu. Rindu pelukan dan ciumannya. Rindu kehangatan kasih sayangnya bila kami berdua bersama. along sekarang lebih berbeza dari dahulu. along makin penyayang, makin tabah dan bersemangat. Tiap kali call along, selalu dengar kata-kata semangat darinya. Selalu jua dia menceritakan kisah hidupnya sebagai pelajar di multimedia university didalam jurusan telecomunication engieenering. Dengan kesibukan on-callnya. Kadang-kadang, tak sempat pun berbual dengan along. Tapi, saya mengerti sebab saya faham dia.

Saya juga gemar mendengar cabaran yang along hadapi sebagai insan penjunjung agamaNya. Sangat memberikan inspirasi buat diri. Dengar along bercerita mengenai keseronokan menyertai aktiviti yang penuh manfaat sangat memberi galakan buat diri. Terima kasih along untuk segala-galanya. Saya bangga dengan kecekalan along. Keakraban kami adik-beradik sangat memberi ruang untuk saya menghargainya dan mempercayainya… Saya sayang along…
Bicara pasal kakak kedua,
Dia ada di sini bersama saya. Selalu memberi galakan dan dorongan buat saya. Saya tidak mahu mendedahkan siapa dia. Cuma saya hanya ingin menghargai ketulusan dia. Kakak saya ini selalu mendengar luahan hati saya. Selalu bersama saya setiap kali masalah kunjung tiba dalam jiwa saya. Kata-kata semangatnya menipis banyak lara yang tersimpan. Terima kasih akak. Saya mengenalinya kerana dia sangat penyayang. Terima kasih banyak-banyak akak. Dia selalu menjadi pendengar setia saya.

Kejauhan dari keluarga tercinta membuatkan saya selalu bertemu dengannya. Terasa kehangatan kasih sayangnya seperti kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Air mata ini selalu tumpah bersamanya. Mungkin saya begitu menghargainya. Begitu menghormatinya. Tiada rahsia antara kami. Saya sangat kasihkan dia seperti kasihnya pada keluarga sendiri. Sekali lagi terima kasih…. Saya sayang akak….
Saya sudah selesaikan apa yang saya ingin ceritakan… Saya begitu menghargai apa disekeliling saya sekarang. Allah telah mengurniakan bidadari ini sebagai penepis masalah saya, pemberi kelembutan nasihatnya agar saya merasai kehangatan kehidupan sebagai hamba Allah di dunia ini…
Merekalah kakak-kakak saya.
maaf ayat skema..